KUALA LUMPUR: Sebaik-baik sukan itu mesti dijauhkan daripada politik, demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berhubung penglibatan orang politik dalam mana-mana persatuan sukan.
Bagaimanapun, Hannah tidak menolak kemungkinan akan kepentingan individu berpengaruh bagi memperoleh dana mencukupi serta menyelesaikan masalah kekangan kewangan persatuan sukan terlibat.
"Tapi cuma untuk pastikan reset sukan negara ini berlaku, persatuan perlu mempunyai dana yang mencukupi untuk bangunkan sukan tersebut.
"Sebab itu juga bila mereka nak cari dana, mereka akan cari tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh untuk bantu cari dana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.
Menurutnya sebagai permulaan, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menjayakan reset sukan negara tersebut berikutan bakat-bakat muda hadir daripada institusi sekolah serta pengajian tinggi.
"Untuk kita pastikan kita dapat platform paling besar bagi mendapatkan bakat-bakat baharu ini, kita tidak boleh bergantung kepada MSN (Majlis Sukan Negara), Putrajaya atau di peringkat kebangsaan sahaja.
"Kita perlu pergiatkan lagi dan saya percaya dengan adanya geran padanan yang diberikan Kementerian Kewangan sebanyak RM40 juta tahun ini, lebih banyak kejohanan seperti hari ini dapat dilaksana yang anak-anak kecil boleh datang bersama dan melahirkan minat baharu dalam sukan," katanya.
Isu reset sukan negara mula menjadi topik panas, susulan rekod terburuk kontinjen Malaysia yang gagal mencapai sasaran 40 pingat emas, serta menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh secara keseluruhan di Sukan SEA 2023 Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023
Bagaimanapun, Hannah tidak menolak kemungkinan akan kepentingan individu berpengaruh bagi selesaikan masalah kewangan persatuan sukan. - Gambar fail
[TERKINI] ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada jam 1.38 petang di Hospital Seberang Jaya.
DoubleTree by Hilton Malaysia saji menu warisan 'Signature Across the State: A Makan Kitchen Showcase'
DoubleTree by Hilton serata Malaysia berbesar hati mengajak para tetamu untuk turut serta dalam pengembaraan masakan yang unik bersempena dengan kempen yang berlangsung bermula dari 1 hingga 30 Jun.
Nilai pasaran kredit komuniti negara cecah RM24.8 bilion - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah itu meliputi nilai pinjaman serta pajak gadai melibatkan Pemberi Pinjaman Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG).
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200
Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Google Play Store kini benarkan penetapan harga jualan aplikasi sehingga RM4,800
Peningkatan ini membolehkan aplikasi dan kandungan yang lebih premium dan berkualiti tinggi ditawarkan, termasuk dengan ciri-ciri yang lebih menyeluruh.
Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Tokyo berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun.
Semak arah kiblat kediaman masing-masing
Peristiwa Istiwa' A'zam bakal berlaku lagi pada 27 atau 28 Mei dan 15 atau 16 Julai ini.
Fatimah alami pendarahan tanpa henti selepas pembedahan, keluarga mohon doa
Pendarahan yang dialaminya berterusan hingga hari kelapan dan keadaan kanak-kanak itu juga dikatakan semakin lemah sejak dua hari lalu.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lebih 120 atlet pekak bersaing di Bukit Jalil
LEBIH 120 atlet pekak dari seluruh negara akan bersaing dalam Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia 2024 kali keempat pada 27 dan 28 April ini di Stadium Mini, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
PM ucap selamat maju jaya untuk Harimau Malaya
Skuad Harimau Malaya akan bertemu Jordan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E kempen Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha.
PM Anwar mahu kegiatan sukan di sekolah, IPT, komuniti diperkasa
Anwar berkata, rakyat harus diperkasakan, bukan hanya menerusi bidang pekerjaan dan ekonomi, malah aspek kesihatan melalui bersukan.
Emas Olimpik: RM72 juta diperuntuk perkukuh ekosistem atlet acara podium, inisiatif RTG
Daripada jumlah itu, RM20 juta diperuntuk sebagai persediaan untuk menggapai pingat emas pertama menjelang temasya Olimpik Paris 2024.
BMX Johor International Championship 2023 pentas menguji atlet ke Olimpik
Inisiatif kejohanan itu disifatkan sebagai pentas 'warming-up' buat pelumba-pelumba tempatan beraksi dengan pesaing luar.
Malaysia-Korea: Tingkat kerjasama, buka peluang terokai pasaran lebih besar - Hannah Yeoh
Yeoh yakin program seumpama itu bukan sahaja mampu meningkatkan kerjasama dalam sukan tetapi akan memberi manfaat kepada golongan belia khususnya.
Sukan mesti dijauhkan daripada politik
Bagaimanapun, Hannah tidak menolak kemungkinan akan kepentingan individu berpengaruh bagi selesaikan masalah kewangan persatuan sukan.
Pembukaan Sukan SEA Kemboja: Apa yang anda perlu tahu
Kemboja sedang bersiap sedia untuk upcara perasmian Sukan SEA ke-32 dan Sukan Para ASEAN ke-12 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh petang ini.